APA ITU
BOSS?
BILIK
OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)
Pengenalan
Pengenalan
Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan
perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan
terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.
Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang
penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat
memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah
ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah
menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini
digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT.
Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :
- Rak buku
- Meja dan kerusi
- Kipas
- Alat Pemadam Api
- Kawalan haiwan/serangga perosak
- Kabinet/almari fail
- Papan kenyataan
- Kaunter
- Peti Kecemasan
KELAB SPBT
Pengenalan
Pengenalan
Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun
2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab
ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la
membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di
samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.
Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang
pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan
Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH)
1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
No comments:
Post a Comment